Get me outta here!

Khamis, 14 Oktober 2021

MERANTI

 

Bismillahirrahmanirrahim..

Perkongsian kali ini adalah👇

Sayur pucuk meranti, ianya salah satu ulam-ulaman yang tumbuh secara liar ianya jarang sekali diracun rasanya yang pahit tetap digemari bagi penggemar ulam-ulaman. Perlu di ketahui sayur meranti ini ada dua jenis iaitu meranti kecil dan meranti Gajah. Namanya juga dikenali dengan pelbagai panggilan misalnya Sayur Meranti, Sayur Ranti dan Sayur Pahit. Nama saintifiknya (Solanum nigrum var patch).

Bagi mereka yang mengetahui akan sayur ini pucuknya diambil untuk dimasak. Dan pastinya banyak menu-menu yang menjadi pilihan mengikut citarasa atau pun resepi turun temurun. Antaranya masakan sayur pucuk meranti seperti masak Lemak Pedas, Tumis Berlada, Masak Air dan juga boleh dijadikan kerabu dengan kelapa.

Caranya pastinya dibasuh dahulu bersih-bersih. Untuk tips menghilangkan pahitnya sayur meranti ini ada yang berbagi ilmu dengan ikan bilis yang dimasukkan kedalam sayur dikatakan mampu mengurangan rasa pahit pucuk daun meranti.

Dalam pahitnya sayur daun meranti terdapat juga kebaikannya. Antara maklumat yang saya dapati.

Seperti:

Dalam 100 gram (g) sayur meranti yang boleh dimakan mengandungi Air 85 g, protein 4.7 g, lemak 0.5 g, karbohidrat 8.1 g, kalsium 210 mg, ferum 6.1 mg, karotena 1.9 mg, vitamin B1 0.14 mg dan vitamin C 40 mg.

Kebaikan lainnya ada yang menjadikannya sebagai makanan tambahan untuk melancarkan susu badan buat ibu-ibu berpantang.

Selanjutnya…👇

Untuk saya sayur meranti ini boleh didapat di belakang rumah saya saja tetapi untuk kuantiti yang sedikit. Duduk dikampung!! Alhamdulillah mudah sikit nak cari. Nak-nak lagi kalau pergi pasar pagi mungkin ada dan banyak dijual.

Pengalaman saya baru-baru ini adalah mencuba menu  masakan meranti tumis pedas. Rasanya agak pahit. Menurut saya masih lagi boleh terima. Cuma dimasa akan datang mungkin masak air saja😅😁

MERANTI TUMIS

Untuk saya lebih suka pucuk sayur meranti dimasak air disamping sambal belacan dan ikan goreng itu pun sudah terbaik.

Kepada yang belum cuba sayur ni, sila-sila la. tak rugi pun. selamat membaca dan terima kasih sudi singgah.